Saat terjatuh, tersungkur adalah saat yang sangat mengerikan bagi saya dan saya pasti anda juga turut merasakannya. Ketika tersungkur, apa yang saya melihat adalah gelap disekeliling saya. Terasa kosong. Gelap. Sepi. Seolah-olah hanya saya berada di atas muka bumi ini. Terasa diri ini tidak berguna lagi. Terasa seolah-olah tiada lagi peluang untuk saya meneruskan kehidupan ini. Sejujurnya, kekadang saya terfikir untuk akhiri hisup saya hanya kerana kegagalan yang menimpa saya. Untuk beberapa ketika selepas itu, barulah saya kembali ke dunia nyata. Kembali beristighfar dan mengucap dua kalimah syahadah. Namun, untuk ke proses kembali kedunia nyata, otak saya kadang kala tidak mampu berfikir dengan baik dan pelbagai hasutan mengarut menjelma dan menghantui diri. Tapi alhamdulillah, hingga ke saat ini, paling teruk adalah hanya terfikir untuk b***h d**i sahaja dan syukur kerana saya mampu melawan hasutan syaitan dan berjaya kembali kedunia yang nyata.
Orang kata, gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya and omputih ada cakap, failure is the best teacher. Yup, tepat sekali. Sebenarnya kegagalan adalah untuk menyedarkan kita dari terus lagha dengan setiap kemenangan yang kita perolehi. Setiap kegagalan itu sememangnya mampu menjadi asas untuk kita terus membina kejayaan dimasa depan. Tiada seorang pun yang berjaya didunia ini tanpa pernah melalui detik kegagalan dalam kehidupan. Tanpa kegagalan, kita tidak mungkin belajar erti tabah dan mencungkil kebolehan serta kekuatan dalam diri.
Mari ambil kisah dari kisah penyebaran Islam oleh Nabi Muhammad saw. Cuba kembali renungkan berapa banyak dugaan menimpa kekasih Allah itu, dikecam, dihina, dikeji, diugut malah ditawarkan dengan harta, wanita dan pangkat oleh orang kafir Quraisy supaya berhenti dari menyebarkan ajaran Islam. Namun lihatlah dunia hari ini, mengikut data pada tahun 2015, umat Islam mempunyai peratuan kedua tertinggi iaitu sebanyak 24% dan mengikut ramalan melalui kajian oleh Pusat Penyelidikan Pew dan dilaporkan oleh The Guardian, peratusan umat Islam mampu mengatasi peratusan penganut agama Kristian dan menjadi agama terbesar menjelang 2075. Hal ini demikian kerana menurut kajian, bayi beragama Islam mengatasi bayi beragama Kristian akan dilahirkan. Pelbagai faktor telah diambil kira termasuklah tahap kesuburan dan kadar kematian penganut setiap agama. InsyaAllah, segala perih jerih usaha Rasulullah saw akan berbaloi tidak lama lagi.
Selain dari itu, kita turut mempunyai beberapa tokoh lain yang berjaya serta dikenali oleh setiap manusia dimuka bumi ini. Antaranya Albert Einstein (pakar fizik), Abraham Lincoln (Presiden Amerika yang ke 16), Bill Gates (CEO Microsoft) dan sebagainya. Mereka telah menempuh kegagalan bukan hanya sekali dua ataupun bukan kegagalan, ujian dan dugaan yang biasa-biasa, namun diakhir perjalanan mereka berjaya membuka mata masyarakat seluruh dunia hingga dinobatkan sebagai tokoh dalam bidang masing-masing.

No comments:
Post a Comment