Sunday, 20 May 2018

Ramadan Tiba Lagi


Alhamdulillah, tahun ini kita masih diizinkan oleh Ilahi untuk sekali lagi bertemu bulan penuh keberkatan ini. Syukur yang tak terhingga kehadrat-Nya atas nikmat yang tidak semua orang diberi kesempatan.

Masih tidak terlambat lagi untuk saya mengucapkan Salam Ramadan Al-Mubarak dan selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh umat Islam, tidak kira dimanapun anda berada.

Harini, 20 May 2018 merupakan hari ke-4 Ramadan. Sudah berapa juzuk Al-Quran yang anda telah habiskan sehingga saat ini? Semoga kita diberi kesempatan untuk sekurang-kurangnya untuk sekali khatam Al-Quran di bulan barakah ini. InsyaAllah. Tipsnya mudah sahaja, bagi lelaki, anda boleh sekurang-kurangnya menghabiskan satu juz Al-Quran sehari dengan bacaan sebanyak 4 mukasurat atau 2 helai Al-Quran setiapkali lepas solat. Bagi kaum Hawa pula, sebolehnya-bolehnya biarlah dalam tempoh dua hari kita berjaya habiskan 3 juz Al-Quran kerana kita istimewa. Allah memberi cuti kepada kaum Hawa agar tidak berpuasa untuk beberapa hari di bulan puasa melalui haid. Jadi, gunakanlah masa yang tidak ABC untuk berusaha beribadat semaksima mungkin.

Ok, taknak membebel panjang lagi, saya akan terus ke pengalaman hidup saya dan puasa.

Alhamdulillah, tahun ini merupakan tahun ke-11 saya menjalani ibadah puasa. Bermula dari hanya sifat ingin mencuba, alhamdulillah ketika di darjah 2, saya mampu memenuhi sebulan puasa di bulan Ramadan. Bagaimana? Ketika berada di tahun 1, saya seperti majoriti kanak-kanak lain berpuasa yang-yuk. Namun, melihatkan orang sekeliling saya yang hanya melihat saya makan menyebabkan keinginan untuk mencuba apa yang mereka rasai untuk kian mendalam. Tahun itu, saya berjaya berpuasa penuh hanya dua hari sahaja. Ketika raya sewaktu saya tahun 1, mak ngah ada bergurau dengan mengatakan sesiapa yang tidak berpuasa tidak boleh raya. Kata-kata itu makin menguatkan keinginan untuk saya berpuasa penuh tahun berikutnya. Alhamdulillah, syukur kerana saya berjaya berpuasa enuh selama sebulan bermula dari tahun 2.

Apa yang bestnya Ramadan? Bagi saya, yang paling best adalah kita dapat makan bersama-sama keluarga, dimana kalau dibulan lain, kebarangkalian untuk makan bersama-sama adalah rendah kerana masing-masing disibukkan dengan hal sendiri ataupun sudah kekenyangan akibat sentiasa mengunyah makanan. Walaupun begitu, puasa tahun 2017 adalah yang paling saya takkan lupakan kerana buat pertama kalinya saya bersahur dan berbuka sendiri tanpa keluarga disisi kerana berada di perantauan untuk menimba ilmu. Pengalaman mencari makanan dengan tulang 4 kerat sendiri untuk berbuka dan bersahur, walaupun kepenatan kerana kelas setiap hari minggu dari 8pagi hingga 6 petang. Namun, kesulitan itu sedikit sebanyak mengajar saya erti sebuah kehidupan. Jika dahulu saya sering dibantu oleh ibu dan bapa saya terutama bab makanan, namun Ramadan 2017 mengajar saya untuk sekadar makan apa yang ada dihadapan mata dan bersyukur dengan segala nikmat dari Yang Maha Esa. Kalau sebelumnya saya dibiasakan dengan makan makanan berat ketika sahur dan berbuka, namun sepanjang berada jauh dari keluarga mengajar saya untuk makan apa sahaja yang ada. Saya mengaku kadang kala saya hanya bersahurkan sebotol air mineral kerana terlupa membeli roti di koperasi. Tidak ketinggalan jua, saya juga pernah berbuka dengan hanya dua keping biskut. Saya kehilangan hampir 5kg dalam tempoh 20 hari berpuasa di perantauan.

Kepada adik-adik yang berpuasa sendirian, samada korang kat sekolah berasrama ke kolej ke, tabahla dik. Jangan sesekali mengeluh kerana yakinlah setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Sekian sahaja untuk hari ini. Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment